twitter


KAMISAYANGSEKOLAH@BLOGSPOT.COM


IDEA               : MOHD RAHMAT BIN MOHD SANUSI
AKTIVITI 1      : FANTASI KETENANGAN
MASA             : 2 minit
ALATAN          : Tiada
OBJEKTIF      : 1. Supaya murid dapat memberi perhatian kepada guru.
               2. Supaya peserta dapat menikmati nikmat udara dan alam ciptaan tuhan.
PROSEDUR   :         
1. Guru  mengarahkan supaya semua murid berdiri. Cuba bertenang.
2. Guru mengetuk meja sebanyak 1 kali menandakan murid mesti memejamkan mata mereka.
3. Kemudian, guru mengetuk meja sebanyak 2 kali menandakan murid perlu menarik nafas mereka.
3. Seterusnya, guru mengetuk meja sebanyak 3 kali menandakan murid perlu menghembuskan nafas mereka.
(ketiga-tiga langkah di atas dilakukan secara berulang sebanyak  3 kali)
4. Setelah itu, minta murid membuka mata sambil mengucap “Alhamdulillah” secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali guru mengarahkan murid-murid senyum pada guru dan rakan-rakan kelas yang lain.
FALSAFAH :
1. Setiap manusia inginkan ketenangan dan kebahagian.
2. Mulakan segala amalan dengan senyuman.


8 comments:

  1. wah,, aktiviti yg menarik..subhanallah :)

  1. terima kasih :).. arif boleh praktikkan aktiviti di atas semasa mengajar di sekolah nanti...ok..

  1. simple dn bersahaja,, boleh dilakukan di mana saja,,, nice :)

  1. salam...macamana cikgu nak memastikan yang murid mendengar arahan dengan jelas?adakah semua murid akan dengar arahan cikgu?

  1. wassalam :)... macamana cikgu nak memastikan yang murid mendengar arahan dengan jelas?
    Jawapan : Cikgu profesional kne kuatkan suara, dan boleh meminta murid-murid berdiri serta fokus apa yg cikgu cakap.:)

    adakah semua murid akan dengar arahan cikgu?
    Jawapan : Ya. Murid suka kn ganjaran. cikgu boleh bagi ganjaran berbentuk maujud atau pujian kepada murid-murid yang boleh dengar arahan cikgu dengan jelas. :)

  1. ringkas dan bshaja.. =)

  1. salam,,,alhamdulillah,,,aktiviti menarik,,, aktiviti ini boleh dijadikan rutin pnp,,, syukran :) satu input yg menarik,,,

  1. Syuliqah Aflyda. ya. InsyaAllah mudah dilaksanakan :)

    muslimah PISMP3.08 , alhamdulillah. Moga2 kita sama2 dapat manfaat daripada aktiviti ini. Bukan sekadar aktiviti, namun kita akan mengingatkan diri kita dan murid-murid supaya senantiasa ingat kepada Allah :)

Post a Comment