twitter


Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Bagaimana untuk membina bilik darjah yang kondusif???

Apakah faktor yang perlu diambil kira???


1) PERSEKITARAN FIZIKAL

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.  Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

2)  PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.  Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.  Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

3) PERATURAN BILIK DARJAH

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.


Kondusif ke bilik darjah ini???




















AKTIVITI 3: "EXPLORACE MINDA"

jom kita explorace!!

TINTA: Nurnasuha binti Esa

AKTIVITI 3: Explorace Minda

OBJEKTIF: Menggalakkan sifat inkuiri dalam diri pelajar dan persaingan yang sihat dalam diri mereka.

SASARAN: Semua pelajar

PELAKSANAAN:

Sebelum :

1) Guru harus mengambil kira waktu pengajaran dan fizikal bilik darjah.
2) Guru juga harus mengenal pasti emosi pelajar pada masa itu.
3) Guru telah menyediakan 4 stesen di dalam kelas bagi menjalankan aktiviti ini.
4) Aktiviti ini akan dilaksanakan sebanyak dua pusingan.

Semasa:

1) Guru mengarahkan pelajar untuk berkumpul di tengah kelas dan duduk dalam bulatan. Satu bulatan bagi pelajar lelaki dan satu bulatan bagi pelajar perempuan.

2)  Guru memecahkan lagi pelajar kepada 4 kumpulan. 2 kumpulan pelajar lelaki dan 2 kumpulan pelajar perempuan.

3) Guru memberi arahan kepada pelajar untuk masuk ke setiap stesen dengan gaya seekor haiwan beserta dengan bunyi.

4)  Bagi pusingan pertama, soalan bagi setiap stesen adalah pada aras yang rendah dan bagi pusingan kedua soalan berbentuk jenis penyelesaian masalah.

5) Hal ini akan menambahkan lagi perkembangan kognitif pelajar dalam sesuatu subjek.

5) Selepas 5 minit, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang seterusnya.

6) Di samping melaksanakan tugasan, guru hendaklah memberi galakan dan peneguhan positif kepada pelajar untuk menyempurnakan tugasan pada setiap stesen.

7) Maka, persaingan  sihat antara kumpulan akan berlaku apabila ganjaran disediakan.

Selepas:

1) Guru hendaklah membuat penilaian terhadap hasil kerja pelajar dan memberikan ganjaran kepada mereka.
2) Guru juga boleh mempamerkan hasil kerja pelajar pada sudut hasil kerja pelajar di kelas tersebut.





Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera ^_^


InsyaAllah, pada hari ini saya akan memperkenalkan satu aktiviti yang boleh meransang minda pelajar seterusnya akan membantu pelajar untuk bersemangat untuk belajar.



CORETAN : SITI ZALEEHAH BINTI AWET

AKTIVITI 2 : ARNAB JADI ITIK. BOLEH KE? 

OBJEKTIF PERMAINAN : MEWUJUDKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF ATAU KRITIS

KAEDAH PERMAINAN : TUKARKAN SEEKOR ARNAB MENJADI SEEKOR ITIK

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : GAMBAR ARNAB YANG TELAH DI CETAK

BILANGAN MURID YANG TERLIBAT : GURU BOLEH MELAKSANAKAN SECARA INDIVIDU ATAUPUN BERBINCANG DALAM KUMPULAN

MASA YANG DIPERLUKAN : GURU BOLEH MENETAPKAN MASA SELAMA DUA HINGGA TIGA MINIT. RASIONALNYA ADALAH BERTUJUAN SUPAYA MURID DAPAT BERIMAGINASI DENGAN PANTAS DAN CEKAP



Seekor arnab yang comel sedang berehat. Hehe



JAWAPAN : 

Pusingkan gambar arnab ke kiri. Perhatikan telinga arnab akan bertukar menjadi mulut itik. 

 Selamat mencuba :) 

Sumber rujukan : Mohd. Azhar.2006. Permainan Kreatif untuk Guru & Jurulatih. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 





KAMISAYANGSEKOLAH@BLOGSPOT.COM


IDEA               : MOHD RAHMAT BIN MOHD SANUSI
AKTIVITI 1      : FANTASI KETENANGAN
MASA             : 2 minit
ALATAN          : Tiada
OBJEKTIF      : 1. Supaya murid dapat memberi perhatian kepada guru.
               2. Supaya peserta dapat menikmati nikmat udara dan alam ciptaan tuhan.
PROSEDUR   :         
1. Guru  mengarahkan supaya semua murid berdiri. Cuba bertenang.
2. Guru mengetuk meja sebanyak 1 kali menandakan murid mesti memejamkan mata mereka.
3. Kemudian, guru mengetuk meja sebanyak 2 kali menandakan murid perlu menarik nafas mereka.
3. Seterusnya, guru mengetuk meja sebanyak 3 kali menandakan murid perlu menghembuskan nafas mereka.
(ketiga-tiga langkah di atas dilakukan secara berulang sebanyak  3 kali)
4. Setelah itu, minta murid membuka mata sambil mengucap “Alhamdulillah” secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali guru mengarahkan murid-murid senyum pada guru dan rakan-rakan kelas yang lain.
FALSAFAH :
1. Setiap manusia inginkan ketenangan dan kebahagian.
2. Mulakan segala amalan dengan senyuman.






Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Pada entri kali ini, kami akan membicarakan perihal PERATURAN DI BILIK DARJAH.

Apakah itu peraturan di bilik darjah? 

Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah


Kenapa perlu ada peraturan di bilik darjah?

Supaya mereka (murid-murid/ kanak-kanak) akan lebih berdisiplin. Sikap mereka akan terbentuk kepada yang lebih positif. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaraan pengetahuan dan kemahiran baharu ini. Tetapi, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. 



Fokus dalam peraturan di bilik darjah :

  • Ayat peraturan mesti ringkas, jelas dan mudah untuk difahami
  • Peraturan akan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah tersebut supaya mereka mengingati peraturan tersebut dan kemudiannya akan mematuhi peraturan.
  • Hadkan peraturan di dalam kelas. Contohnya hanya ada lima (5) peraturan di bilik darjah bagi mengelak murid-murid terkeliru dengan peraturan yang lain. As old folk saying, Less is More :)
  • Peraturan yang dibuat perlulah adil dan tujuan peraturan dibuat membantu proses pembelajaran. Elak guna perkataan "JANGAN............" 
  • Peraturan yang dibina tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Jika dapat, biarlah ia dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian juga.
  • Semestinya peraturan yang dibina selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya. 

Contoh peraturan di bilik darjah. Biar ringkas tapi PADAT dan DIFAHAMI :)



Coretan kami ; 







Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera ^_^

Alhamdulillah, hari ini kita dapat bersua kembali. InsyaAllah, kita akan membincangkan tugasan yang telah diberikan. Berikut adalah situasi di dalam bilik darjah. Kita akan bincangkan masalah-masalah yang terdapat dalam senario tersebut seterusnya kita fikirkan cara penyelesaian dan cara-cara untuk mengatasinya. Jom! :)

"Ish ish.. apa nak jadi dengan kelas ni," keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke kelas 3 Mesra. "Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing," arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa memperdulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalka kelas tanpa memperdulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing. 


Haaa, nampak tak situasi tersebut? Hurm, apa yang anda fikirkan? Wajar atau tidak? Siapakah yang bersalah dalam situasi ini? Teruskan berfikir. 

Fikir

Fikir

Fikir

dan

berfikir










coretan kami





Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah, kita berpeluang untuk bersua kembali. Pada kali ini, kami akan memperkenalkan apa sebenarnya yang terkandung dalam subjek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sebelum kita sama-sama mengkaji dengan lebih mendalam lagi perihal guru, murid dan bilik darjah, kami akan menceritakan PENGENALAN dan DEFINISI pengurusan bilik darjah mengikut pendapat para ilmuwan yang tidak asing dalam arena pendidikan ini.






Pengenalan:

  • Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada guru-guru.

  • Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.

  • Pembelajaran serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.

Definisi:


 Lemlech (1988) : 
  • Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
  • Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul. 


Hall (2000) :

  • Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
  • Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
  • Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.


Levin dan Nolan (2004) :
  • Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri