Posted in
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera ^_^
InsyaAllah, pada hari ini saya akan memperkenalkan satu aktiviti yang boleh meransang minda pelajar seterusnya akan membantu pelajar untuk bersemangat untuk belajar.
CORETAN : SITI ZALEEHAH BINTI AWET
AKTIVITI 2 : ARNAB JADI ITIK. BOLEH KE?
OBJEKTIF PERMAINAN : MEWUJUDKAN PEMIKIRAN YANG KREATIF ATAU KRITIS
KAEDAH PERMAINAN : TUKARKAN SEEKOR ARNAB MENJADI SEEKOR ITIK
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : GAMBAR ARNAB YANG TELAH DI CETAK
BILANGAN MURID YANG TERLIBAT : GURU BOLEH MELAKSANAKAN SECARA INDIVIDU ATAUPUN BERBINCANG DALAM KUMPULAN
MASA YANG DIPERLUKAN : GURU BOLEH MENETAPKAN MASA SELAMA DUA HINGGA TIGA MINIT. RASIONALNYA ADALAH BERTUJUAN SUPAYA MURID DAPAT BERIMAGINASI DENGAN PANTAS DAN CEKAP
Seekor arnab yang comel sedang berehat. Hehe
JAWAPAN :
Pusingkan gambar arnab ke kiri. Perhatikan telinga arnab akan bertukar menjadi mulut itik.
Selamat mencuba :)
Sumber rujukan : Mohd. Azhar.2006. Permainan Kreatif untuk Guru & Jurulatih. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
14 March 2013 at 06:26
This is an intersting one. Suitable to be use as an introduction to our lesson, to attract the pupils attention.